Komputer dan abjad Arab Abjad_Arab

Abjad Arab boleh dikod melalui beberapa set askara, termasuk ISO-8859-6 dan Unikod. Unikod mempunyai "segmen bahasa Arab" yang terdiri daripada kemasukan U+0600 hingga U+06FF. Bagaimanapun, kedua-dua set ini tidak menunjukkan bentuk yang sesuatu askara harus mengambil mengikut konteks. Ia ditinggalkan kepada enjin penjana untuk memilih glif yang betul untuk memaparkan sesuatu askara.

Unikod

Sejak Unikod 4.1, julat-julat yang berikut mengekod askara-askara Arab:

  • Bahasa Arab (0600–06FF)
  • Tambahan Bahasa Arab (0750–077F)
  • Bentuk Penyampaian Bahasa Arab - A (FB50–FDFF)
  • Bentuk Penyampaian Bahasa Arab - B (FE70–FEFF)

Julat bahasa Arab yang asas mengekod huruf-huruf dan tanda-tanda diakritik piawai, tetapi tidak mengekod bentuk-bentuk konteks (U+0621 – U+0652 mendasarkan ISO 8859-6 secara langsung); dan juga merangkumi tanda-tanda diakritik yang paling umum serta angka-angka Arab-Indic. U+06D6 hingga U+06ED mengekod tanda-tanda anotasi Al-Quran seperti "akhir ayat" ۝ dan "permulaan rub el hizb" ۞. Julat Tambahan Bahasa Arab mengekod kelainan-kelainan huruf yang paling biasa digunakan untuk menulis bahasa-bahasa Afrika (bukan bahasa Arab). Julat Bentuk Penyampaian Bahasa Arab - A mengekod bentuk-bentuk konteks dan ligatur-ligatur kelainan huruf yang diperlukan untuk bahasa-bahasa Parsi, Urdu, Sindhi dan Asia Tengah. Julat Bentuk Penyampaian Bahasa Arab - B mengekod bentuk langkau tanda-tanda diakritik Arab serta banyak lagi bentuk huruf konteks.

Papan kekunci bahasa Arab

Reka letak papan kekunci bahasa Arab


Ketika seseorang hendak mengekod sesuatu bentuk aksara tertulis yang khusus, terdapat titik-titik kod tambahan yang diberikan oleh Unikod yang boleh digunakan untuk mengungkapkan bentuk tulisan yang dikehendaki. Julat bentuk penyampaian bahasa Arab A (U+FB50 hingga U+FDFF) mengandungi huruf kembar, manakala julat bentuk penyampaian bahasa Arab B (U+FE70 hingga U+FEFF) mengandungi kelainan kedudukan. Kesan-kesan ini dapat dicapai dengan lebih berkesan dalam Unikod melalui penggunaan penyambung lebar sifar dan bukan penyambung kerana bentuk-bentuk penyampaian ini tidak lagi digunakan dalam Unikod. Pada umumnya, ia harus digunakan hanya di dalam perisian teks, ketika menggunakan Unikod sebagai bentuk pertengahan untuk penukaran antara pengekodan-pengekodan aksara atau untuk keserasian terbalik dengan pelaksanaan-pelaksanaan yang bergantung kepada pengekodan keras bentuk-bentuk glif.

Akhirnya, pengekodan Unikod untuk bahasa Arab mengikut urutan logik, iaitu askara-aksara dimasukkan dan disimpan dalam ingatan komputer mengikut urutan yang ditulis dan disebut, tanpa berasa risau tentang arah yang aksaranya dipaparkan pada kertas atau skrin. Sekali lagi, ia ditinggalkan kepada enjin penjana untuk menyampaikan aksara dalam arah yang betul melalui ciri-ciri teks dwiarah Unikod. Dari segi ini, jika perkataan-perkataan bahasa Arab dalam halaman ini ditulis dari kiri ke kanan, ini ialah tanda bahawa enjin penjana Unikod yang digunakan untuk memaparkannya adalah usang. Untuk maklumat lanjut mengenai pengekodan bahasa Arab, sila rujuk manual Unikod yang boleh didapati di http://www.unicode.org/